Dua lelaki menyamar polis diburu
LAHAD DATU 30 Mac- Polis sedang memburu dua lelaki yang disyaki menyamar anggota polis kerana memeras ugut seorang wanita dalam kejadian di Batu 1, Jalan Segama di sini semalam. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, kejadian berlaku pada pukul 9 pagi apabila kedua-dua suspek yang menaiki Proton Saga hitam menghampiri dua wanita sebelum meminta mereka mengeluarkan dokumen diri. “Seorang daripada wanita terbabit gagal mengemukakan pengenalan diri menyebabkan kedua-dua suspek menariknya masuk ke dalam kereta dan dibawa ke pondok polis di Darvel. “Suspek mengugut mangsa agar membayar RM200 untuk menyelesaikan kes atau dibawa ke Ibu pejabat Polis daerah dan mangsa yang ketakutan kemudian bersetuju untuk membayar wang kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurut Nasri, selepas dibebaskan, mangsa mendapati wang RM250 yang disorokkan di dalam beg tangannya turut hilang dipercayai diambil oleh suspek. Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 384 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan. “Dalam kes berasingan, polis hari ini menahan dua penagih dadah warga Filipina berusia 21 dan 22 tahun dalam Operasi Sarang di sebuah rumah di Ladang Sungai Mas Jalan Lahad Datu-Sandakan dalam operasi pada pukul 2 pagi. “Polis turut merampas dadah dipercayai jenis syabu seberat 6.09 gram serta 10 gulung kertas timah (aluminium) mengandungi dadah daripada suspek,” katanya. -BERNAMA
Dua lelaki menyamar polis diburuSpeedy Jantan tarik diri
KUALA LUMPUR 30 Mac - Hasrat peminat olahraga negara untuk melihat aksi jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan tidak kesampaian apabila atlet itu terpaksa menarik diri daripada Grand Prix (GP) Terbuka Malaysia, hari ini.
Speedy Jantan tarik diri
"SPR, tolong jawab"
REMBAU 29 Mac - MCA Negeri Sembilan hari ini menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi tafsiran jelas terhadap Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKP) bagi menentukan sama ada kesalahan telah dilakukan oleh parti politik yang menyertai pilihan raya.
"SPR, tolong jawab"Irfan bikin Selangor ‘panas hati’
KUALA LUMPUR 30 Mac - Pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim menaikkan kemarahan penyokong Red Giants apabila memberitahu, Selangor tidak sehebat mana dan satu-satunya pemain yang menonjol ketika pasukan itu menang 1-0 dalam aksi Liga Super malam tadi adalah bekas pemain Terengganu, Faiz Nasir.
Irfan bikin Selangor ‘panas hati’
UEC diiktiraf bagi peperiksaan PSAG
KUALA LUMPUR 30 Mac – Nampaknya usaha untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) semakin berhasil apabila ia kini sudah boleh diterima sebagai memenuhi syarat kelayakan di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tujuan menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG).
UEC diiktiraf bagi peperiksaan PSAGEmpat penjuru di Rantau
REMBAU 30 Mac - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau menyaksikan saingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan dua orang calon Bebas.
Empat penjuru di Rantau
Source
No comments:
Post a Comment